Sunday, December 20, 2009

Kerana Baulu(H)

"Baiklah,Siti pergi mandi dulu.Nanti papa bawa Siti pilih makanan."kata ayahnya."Baiklah,papa."kata Siti.

Sebaik sahaja tiba di Reatoran Pak Hassan,Siti terus memilih makanan yang hendak dibelinya."Siti pilih mana yang suka.Nanti papa bawa Siti pergi pilih hadiah."kata ayahnya kepada Siti.Siti tersenyum.Apabila tiba di kedai telefon bimbit,Siti memilih telefon bimbit.

Pada keesokkan harinya,Diana menghampiri Maisara."Kau nak datang tak?"tanya Diana kepada Maisara."Majils hari jadi Siti?"kata Maisara kepada Diana.Diana mengganguk.Maisara tersenyum."Mana Rohani?"tanya Maisara kepada Diana."Dia tak datang hari ni."jawab Diana.
Siti menghampiri Maisara dan Diana.Dia menghulurkan sekeping kad kepada Diana."Hari ni hari jadi aku.Aku jemput kau ke majils hari jadi aku."kata Siti kepada Diana."Aku seorang saja.,Maisara kau tak jemput?"tanya Diana kepada Siti."Kan kau yang dapat kad.Makna kau sajalah."

Selepas loceng berbunyi,Siti terus bangun lalu menyuruh beberapa orang murid lelaki menyusun meja dan kerusi.Makanan yang dipesan oleh ayahnya akan tiba beberapa minit lagi.
"Siapa yang dijemput dapat makan makanan yang enak ni.Rugilah siapa yang tidak dijemput."kata Siti sambil memandang ke arah Maisara.

(Bersambung......)

Saturday, December 19, 2009

Kerana Baulu(G)

Sebaik sahaja Cikgu Liggam keluar,Nora pantas mendapatkan Siti."Kau nak berniaga apa?"tanya Nora kepada Siti."Perkara senang aje,yang pentingnya aku nak lawan kuih baulu Maisara tu,dia ingat dia seorang saja yang pandai berniaga,aku pun boleh!Tolong fikirkan apa yang nak jual di Pesta Makanan tu."kata Siti sambil tersenyum."Apa kata kita jual makanan ala barat."kata Nora."Baguslah.Kau tau macam mana nak masak tak?"tanya Siti kepada Nora."Tau,aku ada buku tu.Aku pinjam kau."kata Nora kepada Siti.

"Mak,kak,kenapa seseorang yang tidak mempunayi harta,dirinya akan dipandang hina?"tanya Maisara kepada ibu dan kakaknya."Kenapa Sara tanya macam tu?Sara ada masalah sekolah ke?Kalau ada,beritahulah mak."kata ibunya kepada Maisara."Ada seorang kawan Sara tu,dia suka mengejek Sara.Mungkin sebab Sara miskin,dia tak nak kawan dengan Sara."kata Maisara."Mak percaya suatu hari sikapnya akan berubah."kata ibunya."Betul cakap mama."kata kakaknya.

"Papa,Siti nak buat hari jadi esok.Papa belum pesan makanan tu,kan?"kata Siti kepada ayahnya."Bukan putri papa ni nak celebrate Sabtu ni?"tanya ayahnya."Alaa,bolehlah,papa."kata Siti kepada ayahnya.

(Bersambung......)

Friday, December 18, 2009

Kerana Baulu(F)

"Mak,kak,kawan-kawan Sara cakap kuih baulu Sara sedaplah!Merka cakap esok bawa banyak lagi."kata Maisara apabila mereka sedang makan tengah hari."Ye ke,Sara?"tanya ibunya seolah-olah tidak percaya."Baguslah tu!"kata kakaknya."Senang-senanglah Sara dapat jelaskan yuran sekolah Sara tu."kata kakaknya lagi.

Pada keesokkan harinya,semua kawan Siti bersorak dengan gembira apabila mengetahui Siti akan menyambut sambutan hari jadinya di kelas mereka."Nanti aku suruh papa saya buat esok,tak payah tunggu sampai hari Sabtu."kata Siti.Maisara yang terdengar kata-kata Siti itu mendiamkan dirinya sahaja.

"Macam mana?"tanya Diana kepada Maisara."Macam mana apa?"tanya Maisara keharian."Kau nak datang tak majlis hari jadi Siti?"tanya Rohani kepada Maisara.Maisara tidak menjawab.Tiba-tiba,muncul Cikgu Linggam.Beliau memberitahu murid-murid:"Bulan depan kita ada Pesta Makanan.Setiap kelas diwajibkan seorang murid menyertai Pesta Makanan itu."
Saya cadangkan Maisara,cikgu.kuih baulu dia sedap."kata Rohani."Saya sokong,cikgu!"kata Diana."Saya pun nak masuk,cikgu.Setakat kuih baulu mana dapat perhatian."kata Siti."Saya sokong,cikgu!"jerit Nora."Baiklah,kita ada dua peserta ini.Kamu nak pilih Maisara atau Siti.Minggu depan beritahu saya ya."kata Cikgu Linggam

Wednesday, December 16, 2009

Kerana Baulu(E)

"Betul kau nak celebrate di kelas kita?"tanya Nora kepada Siti.Biasanya,Siti selalu menyambut hari jadinya di restoran atau hotel."Betulah,baru nampak kelainan sikit.Aku nak invite kawan kelas kita."jawab Siti tersenyum."Termasuk Maisara?"tanya Nora."Sorry,jangan mimpi aku nak jemput budak comat tu."kata Siti."Aku dah agak dah......"kata Nora.

"Betul Siti nak celebrate birthday di sekolah?"tanya ibunya."Yelah,papa,mama,please!kata Siti dengan bersungguh-sungguh apabila pulang dari sekolah."Papa kena bincang dengan pihak sekolah dulu,kalau pihak sekolah tak membenarkan,papa tak boleh buat apa-apa."kata ayahnya."Papa kan pengurus besar sekolah,mesti boleh punya."kata Siti."Papa akan cuba,tapi tak janji tau."kata ayahnya."Ok!"jawab Siti."Dah,pergi mandi,papa dan mama nak pergi kerja dah.Bye!"kata ibunya."Ok!"jawab Siti."Sebaik sahaja Siti mengambil tualanya,telefon bimbitnya berbunyi."Hello,Nora."kata Siti."Siti,kau nak keluar tak petang ni?"tanya Nora kepada Siti."Nak pergi mana?"tanya Siti kepada Nora."Pergi Metrojaya,The Curve dan......"kata Nora."Oklah.Pukul berapa ya?"tanya Sti lagi."Pukul dua lah.Cepat sikit ya."kata Nora."Baiklah,mak nenek."jawab Siti.

(Bersambung......")

Label Cloud

"Magical Template" designed by Blogger Buster