Saturday, December 19, 2009

Kerana Baulu(G)

Sebaik sahaja Cikgu Liggam keluar,Nora pantas mendapatkan Siti."Kau nak berniaga apa?"tanya Nora kepada Siti."Perkara senang aje,yang pentingnya aku nak lawan kuih baulu Maisara tu,dia ingat dia seorang saja yang pandai berniaga,aku pun boleh!Tolong fikirkan apa yang nak jual di Pesta Makanan tu."kata Siti sambil tersenyum."Apa kata kita jual makanan ala barat."kata Nora."Baguslah.Kau tau macam mana nak masak tak?"tanya Siti kepada Nora."Tau,aku ada buku tu.Aku pinjam kau."kata Nora kepada Siti.

"Mak,kak,kenapa seseorang yang tidak mempunayi harta,dirinya akan dipandang hina?"tanya Maisara kepada ibu dan kakaknya."Kenapa Sara tanya macam tu?Sara ada masalah sekolah ke?Kalau ada,beritahulah mak."kata ibunya kepada Maisara."Ada seorang kawan Sara tu,dia suka mengejek Sara.Mungkin sebab Sara miskin,dia tak nak kawan dengan Sara."kata Maisara."Mak percaya suatu hari sikapnya akan berubah."kata ibunya."Betul cakap mama."kata kakaknya.

"Papa,Siti nak buat hari jadi esok.Papa belum pesan makanan tu,kan?"kata Siti kepada ayahnya."Bukan putri papa ni nak celebrate Sabtu ni?"tanya ayahnya."Alaa,bolehlah,papa."kata Siti kepada ayahnya.

(Bersambung......)

0 comments:

Label Cloud

"Magical Template" designed by Blogger Buster