Friday, December 18, 2009

Kerana Baulu(F)

"Mak,kak,kawan-kawan Sara cakap kuih baulu Sara sedaplah!Merka cakap esok bawa banyak lagi."kata Maisara apabila mereka sedang makan tengah hari."Ye ke,Sara?"tanya ibunya seolah-olah tidak percaya."Baguslah tu!"kata kakaknya."Senang-senanglah Sara dapat jelaskan yuran sekolah Sara tu."kata kakaknya lagi.

Pada keesokkan harinya,semua kawan Siti bersorak dengan gembira apabila mengetahui Siti akan menyambut sambutan hari jadinya di kelas mereka."Nanti aku suruh papa saya buat esok,tak payah tunggu sampai hari Sabtu."kata Siti.Maisara yang terdengar kata-kata Siti itu mendiamkan dirinya sahaja.

"Macam mana?"tanya Diana kepada Maisara."Macam mana apa?"tanya Maisara keharian."Kau nak datang tak majlis hari jadi Siti?"tanya Rohani kepada Maisara.Maisara tidak menjawab.Tiba-tiba,muncul Cikgu Linggam.Beliau memberitahu murid-murid:"Bulan depan kita ada Pesta Makanan.Setiap kelas diwajibkan seorang murid menyertai Pesta Makanan itu."
Saya cadangkan Maisara,cikgu.kuih baulu dia sedap."kata Rohani."Saya sokong,cikgu!"kata Diana."Saya pun nak masuk,cikgu.Setakat kuih baulu mana dapat perhatian."kata Siti."Saya sokong,cikgu!"jerit Nora."Baiklah,kita ada dua peserta ini.Kamu nak pilih Maisara atau Siti.Minggu depan beritahu saya ya."kata Cikgu Linggam

0 comments:

Label Cloud

"Magical Template" designed by Blogger Buster