Kerana Baulu (B)

Siti berjalan menuju ke tempat duduknya.Tiba-tiba,Cikgu Kumar pun masuk ke dalam kelas mereka.Dia mula mengajar.Maisara menumpukan perhatian dalam kelas.
Selepas loceng berbunyi,murid-murid pun balik ke rumah masing-masing.
Maisara berjalan pulang."Mak,kak,Sara baliklah."jerit Maisara."Oh!Maisara!Mak tadi pergi ke pasar jual sayur.Mak suruh ambil baju di ampian selepas siapkan kerja sekolah.Kak nak ke rumah Abu ajar tusyen ya."kata Melina,kakaknya yang sudah berusia 20 tahun."Baiklah,kak."jawab Maisara."Kak pergi dulu ya."kata kakaknya.Maisara terus pergi ke bilik mandi.Selepas mandi,dia terus makan tengah hari.Selesai sahaja makan,dia pun melangkah masuk ke bilknya.Dia membuat kerja rumahnya.Dia tidak pernah mengabaikan kerja rumahnya.
Siti mencampakkan beg sekolahnya ke atas lantai.Dia malas mengemaskan bilik tidurnya."Mak Temah,nanti bagi Siti makan.Lapar ni!"jerit Siti dari biliknya.Mak Temah terus menyiapkan makanan Siti itu.Selesai sahaja makan,Siti menyalin pakaiannya.Dia melangkah keluar dari rumahnya.Dia manahan sebuah teksi yang berwarna hijau."Nak ke mana,dik?"tanya pemandu teksi itu kepada Siti."Jalan Omar."kata Siti.Tiba-tiba,telefon bimbit Siti berbunyi.
"Hello,Nora."kata Siti sebaik sahaja menjawab panggilan telefonnya."Siti,kau di mana ni?Aku dah lama menunggu.Boleh cepat sikit tak?Wayang tu dah nak mula."kata Nora."Oklah,mak nenek!"jawab Siti.
Selepas beberapa minit,Siti pun sampai."Kalau kau lambat lagi,aku takkan tunggu."kata Nora."Aku dah sampai masih nak cakap,nak aku belanja makn malam nanti?'tanya Siti."Nak!Aku nak makan KFC,nanti nak makan Withchery Ider lagi."jawab Nora."Suka hati kaulah!"kata Siti.Mereka selalu membazirkan masa mereka dengan begitu sahaja.Mereka langsung tidak mempedulikan pelajaran mereka.Ibubapa mereka langsung tidak mengambil berat tentang mereka.
Beberapa jam kemudian,mereka pun pergi makan malam.Selepas makan,mereka pun balik ke rumah masing-masing.
"Sara!Sara!"panggil kakaknya.Maisara terjaga daripada tidur."Mak suruh makan malam."tambah kakaknya lagi."Dah bangun.Mak tengok Sara letih sangat ni,tak sampai hati nak kejutkan kau."kata ibunya.Mereka makan malam berselera sekali.
Siti ternampak ayahnya menunggunya di luar pagar."Putri papa baru balik,ke mana sampai malam ni?"tegur bapanya."Tengok wayang,seronok ceritanya."jawab Siti."Kerja sekolah dah siap ke?"tanya bapanya lagi."Aalaa......kejap lagi Siti buat lah!"jawab Siti."Mana mama,tak nampak pun....."tambah Siti lagi."mandi,kejap papa dan mama ada diner di Hotel Jennifer."kata papanya.Siti masuk ke biliknya.Dia menelefon Nora."Tadi kan baru jumpa.Miss saya ke?"kata Nora."Kau dah siap latihan Matematik dan Bahasa Inggeris tak?Aku malaslah!Aku salin kau punya esok."kata Siti."Oklah."jawab Nora.
Maisara......
(Bersambung......)



0 comments:
Post a Comment