Sunday, December 13, 2009

Kerana Baulu (A)


Hujan semakin lebat.Maisara berasa sungguh risau kerana dia takut dimarahi oleh guru kelasnya,Cikgu Salam.

"Mak,saya pergi dulu ya."kata Maisara apabila hujan lebat itu mulai teduh."Baiklah,hati-hati."kata Mak Hasnah.

Setiba di sekolah,dia pun terus menuju ke kelasnya."Awak lagi!"marah Cikgu Salam apabila Maisara melangkah masuk ke dalam kelas."Tadah tangan awak!"marah beliau lagi.Maisara terpaksa tadah tangannya.

"Rehat nanti jumpa saya di pejabat." kata Cikgu Selamat.Maisara segera mengeluarkan buku latihan Matematiknya.Dia pantas menyalin nota yang disalin oleh cikgunya.

"Maisara,kenapa lambat kau datang?"tanya kawan baiknya,Rohani."Yalah,cikgu pukul kau sakit tak?."kata Diana,kawannya yang lain itu.Mereka ambil berat tentang kawannya yang berhidup susah itu."Tadi kan hujan."kata Maisara."Oh!Aku ingat kau sakit.Nanti nak aku temankan kau pergi ke pejabat tak?"kata Rohani."Tak payahlah."jawab Maisara.

"Walau bagaimanapun kau mesti bayar yuran persekolahan tu.Cikgu berilah kamu tiga minggu untuk selesaikannya. "kata Cikgu Salam apabila di pejabat."Baiklah,cikgu."kata Maisara.

"Cikgu marah kau?"tanya Rohani.apabila di dalam kelas"Taklah."jawab Maisara."Habis tu?"tanya Diana."Pasal yuranku......""Budak comot!"ejek seorang murid yang bernama Siti.
"Oi!Tadi dimarah,kan?Kesiannya tengok."ejek Siti."Buat apalah kau ni,asyik nak ganggu Maisara aje."ujar Rohani."Yelah!Nak ganggu orang lain aje."kata Diana pula."Budak comot!Baju kau kotor.Nak belajar atau nak jadi tukang kebun?"ejek Siti lagi.

(Bersambung......)




0 comments:

Label Cloud

"Magical Template" designed by Blogger Buster