Kerana Baulu (D)

"Awalnya budak comot tu sampai. Selalu lewat."ejek Siti. Maisara tidak mempedulikan Siti. Dia terus mengajar Rohani beberapa soalan yang belum diselesaikannya." Nak jadi cikgu pula. Nak tunjuk pandai. " ejek Nora. "Apa yang kau nak.Tak habis nak kacau orang aje."marah Diana. " Diana, mereka tu selalu kacau-kacau. Jangan pedulikan mereka. " kata Rohani. Mereka bergaduh. Kelas mereka pun riuh-rendah.
Tiba-tiba, Cikgu Linggam pun masuk ke dalam kelas." Kenapa bising sangat ni, ingat ni kelas tadika ke? Kenapa Siti dan Rohani marah-marah ? " tanya Cikgu Linggam. " Tadi saya nampak Rohani tiru latihan Maisara. Saya cuba halang tapi Diana marah saya. "jawab Siti. "Adakah ini benar,Diana ? " tanya cikgu." Tidak, cikgu. " jawab Diana. " Habis tu ? Ingat pesanan saya terakhir, saya tidak suka latihan yang saya berikan, pelajar saya salin dari kawan, faham ! " kata Cikgu Linggam. " Faham, cikgu ! " jawab semua murid.
"Awak hendak berniaga dalam sekolah?" tanya pengetua kepada Maisara apabila waktu rehat. "Ye,cikgu. Hanya itu saja boleh selesaikan yuran sekolah saya." kata Maisara dengan bersungguh-sungguh." Baiklah, saya beri kebenaran, kamu boleh berniaga pada waktu rehat saja." kata pengetua."Faham, cikgu." kata Maisara.Dia tidak sabar untuk memberitahu ibu dan kakaknya.
"Isnin ni birthday aku tau, aku belum fikirkan macam mana nak celebrate." kata Siti apabila dia dan Nora sedang berehat di pondok. "Apa susah? Buat di hotel aje." kata Nora. " Memanglah tempat macam tu nampak grand, tapi kali ni aku nak lain sikitlah." kata Siti." Di mana kau nak buat kali ni ? " tanya Nora. " Aku nak buat di kelas kita."kata Siti.
(Bersambung......)



0 comments:
Post a Comment